Saturday, 4 October 2014

Latihan Industri



Disini ingin saya kongsikan pengalaman Latihan Industri saya dimana saya melakukan 3 bahagian kerja sepanjang 6 bulan saya menjalankan latihan industri iaitu bahagian Mereka design , bahagian printed dan bahagian pemasangan..

Kreatif Resume

Contoh Resume yang dibuat mengikut Konsep Puzzle yang dipilih

Hasil Kerja Web Design

Rekabentuk Web merangkumi banyak kemahiran dan disiplin dalam pengeluaran dan penyelenggaraan laman web.

Hasil Kerja Visual Merchandising

Visual Merchandising ataupun rekaan dalaman digunakan oleh sesebuah syarikat dimana bertujuan untuk meningkatkan aktiviti jualan syarikat dengan mencantikkan visual pandangan dalaman syarikat dengan cara menarik perhatian daripada pelanggan ataupun orang ramai.

Hasil Kerja Tipografi


Assalamualikum..Kita bertemu lagi..disini saya akan terangkan pula tentang Tipografi ..Apa itu tipografi ??
Tipografi adalah teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak,saiz font dan ketebalan garisan,jarak akrasa serta ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal dan digital .

Pengenalan REKABENTUK GRAFIK

Disini saya selitkan juga pengenalan  tentang REKABENTUK GRAFIK........

Hasil Kerja Packaging

Packaging ataupun pembungkusan adalah teknologi menutup atau melindungi produk untuk pengagihan , penyimpanan , penjualan dan penggunaan. Pembungkusan juga merujuk kepada proses rekabentuk, penilaian dan pengeluaran pakej. Pembungkusan juga boleh digambarkan  sebagai sistem yang diselaraskan  menyediakan barang-barang untuk pengangkutan dan penggunaan akhir.

Hasil kerja Illustrasi


I
Ini adalah artwork illustrasi saya..disini saya akan terangkan maksud illustrasi. Illustrasi adalah gambaran atau visualisasi yang dibuat oleh seorang artis seperti lukisan,gambar ataupun jenis imej lain yang boleh dilihat, diingati ataupun bayangkan dengan menggunakan media grafik..contohnya media basah..pensel charcoal dan pensel warna .

Hasil Kerja Fotografi


Manakala ini juga adalah artwork saya yang ketiga iaitu dalam bidang fotografi. Kerana minat yang mendalam dalam bidang fotografi ini menyebabkan saya mampu menghasilkan gambar yang cantik berdasarkan konsep yang saya pilih...dan ini antara gambar-gambar yang saya tangkap.

Hasil Kerja Advertising


Pengiklanan adalah kandungan media massa bertujuan untuk memujuk khalayak pembaca,penonton atau pendengar untuk mengambil tindakan ke atas produk,perkhidmatan dan idea.
Idea ini adalah untuk memandu tingkah laku penggunadengan cara tertentu berkenaan dengan produk dan perkhidmatan.

Hasil kerja Identity Korporat


Ini adalah Projek Identity Korporat saya . Disini saya akan terangkan sedikit sebanyak tentang maksud identity Korporat adalah imej keseluruhan suatu perbadanan atau firma atau perniagaan dalam minda pelbagai publik seperti pekerja dan pelabur. Ia adalah  satu tugas utama jabatan komunikasi korporat untuk mengekalkan dan membina identiti ini memberi dan memudahkan pencapaian objektif perniagaan.